Posts

Forsythia - Chapter Three

  BUNYI tapak kaki kuda yang bergesel dengan tanah menjadi melodi yang menemani perjalananku. Aku hanya duduk diam di dalam kereta kuda, mengikut arah kemana Erden hendak membawaku pergi. Erden pula menunggang kuda persendirian bersama-sama pengikutnya yang lain. Meninggalkan aku sendiri di dalam kereta kuda ini. Kiri kananku hanyalah hutan semata-mata. Sesekali, kami merentasi perkampungan yang memang dibina di dalam hutan. Erden cerita, mereka-mereka yang tinggal di dalam hutan ini kebanyakannya puak Wolfies iaitu serigala jadian. Setiap kali malam kliwon, kaum lelaki dari puak itu akan bertukar menjadi serigala dan mereka akan berburu untuk mengumpulkan sumber makanan. Manusia bukanlah makanan mereka kerana asal kejadian mereka juga adalah manusia. Kereta kuda yang tiba-tiba berhenti bergerak membuatkan aku tersentak. Luar tingkap aku pandang dan yang menyapa mataku hanyalah hutan semata. Dahi mula berkerut sedikit. Ada masalah ke dalam perjalanan kami? Pintu yang terbuka dari

Writing Exercise 2

"Umur Sara dah 27. Balqis tu, anak dua dah. Crush Sara masa sekolah dulu pun dah anak satu. Sara tak teringin nak kahwin ke? Nak mama set blind date tak?" Berdas-das tembakan kata yang dilepaskan oleh ibunya. Tangan hampir naik menutup telinga kalau bukan si ibu, pemegang syurganya yang berbicara.           "Mama..." Kaisara mengeluh panjang. Tangan naik memicit dahi sendiri yang tiba-tiba berdenyut bila ibunya membangkitkan soal jodoh. Pakej jadi ' matchmaker ' lagi. Penat...           "Apa mama-mama?!"           "Tak nak lah macam ni. Mama dulu pun kahwin lambat. Sara ikut jejak langkah mama lah. Like mother like daughter gitu ."           Mata Puan Kaseh membulat. Tak sampai sesaat...           Pap!           Tangan laju naik menampar lengan anaknya. Suka menjawab!           Kaisara mengaduh perlahan. Tangan yang tadinya memicit dahi turun mengusap-usap lengan yang ditampar. Pedih dengan smash kencang dari sang mama.           "

Writing Exercise 1

"You're beautiful." Kening terjungkit tinggi bila perkataan-perkataan di cawan kertas itu menyapa mata. Tubuh yang berada di depan pintu masuk terus berpusing ke belakang. Seperti tahu reaksi yang bakal dia pamer, sepasang mata coklat gelap terus menikam matanya. Mata terkelip sekali bila bibir lelaki itu naik menyinis. Seolah-olah bangga apabila reaksi yang diberinya seperti sudah diramal lelaki itu. Tidak berpuas hati, langkah diatur semula ke kaunter. "I clearly said, tulis nama Rose. This is not my name." Nada suaranya dikeraskan sedikit. Menyatakan ketidakpuasan hatinya biarpun perut terasa berbunga. Namun, cepat-cepat dicantas bunga yang baru hendak memekar. "Isn't rose a beautiful flower? So i guess, beautiful is your other name, right?" Satu kenyitan yang diberi lelaki di hadapannya ini membuatkan matanya mula terkebil-kebil. Mulutnya terbukak sedikit. Lidah kelu untuk membalas. "If you are a rose, I will gladly be your thorn. You can

Forsythia -Chapter Two

  MULUT terasa bagai dikunci. Sungguh aku hilang diksi mahupun bicara. Hatta untuk aku memusingkan tubuh menghadap ‘dia’ pun aku tidak berdaya. Kaki menggeletar hebat sehingga aku rasa bagaikan hendak terjelopok jatuh. Sentuhan di bahu menyebabkan badanku terangkat sedikit. Lama tangan itu berlabuh di kedua-dua belah bahuku sebelum aku perlahan-lahan dipusing menghadapnya. Mata yang setia memandang lantai sedari tadi disambut kasut kulit coklat gelap sebaik saja tubuhku menghadap seseorang. Sebelah tangan yang berada di atas bahuku tadi naik melingkar di pinggang manakala sebelah lagi menongkat daguku. Ditolak perlahan dagu ini ke atas sehingga mataku bertemu dengan sepasang mata coklat gelap yang memandangku tajam. “ Do you… miss me, my lady ?” Seakan berbisik dia bertanya. Helaan nafasnya yang tajam terasa berhembus di wajah membuatkan aku hampir memejamkan mata. Aku terkelip sekali. Entah jawapan apa yang perlu aku bagi supaya memenuhi skema jawapan. Rindu, atau tidak? Mun