Forsythia - Chapter One
SEWAKTU aku kecil dulu, aku ada cita-cita yang mungkin, sangat normal bagi sesetengah orang. Aku mahukan sebuah keluarga yang bahagia. Suami yang mencintai sepenuh hati, anak-anak yang senantiasa menghiburkan hati, juga, rumah yang sentiasa menghangatkan hati. Aku inginkan seorang suami yang memandangku penuh cinta, membisikkan kata-kata asmara yang membuatkan rama-rama sentiasa berterbangan penuh gembira di dalam perutku. Aku inginkan keluarga yang sering bergelak ketawa bersama-sama dan hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa ada sengketa dan sengsara. Namun, itu hanyalah sebuah angan-angan yang mungkin aku perlu lupakan. Kerana bahagia… bukan tercipta untuk diri ini. Pang! “ Useless daughter! If you can’t be beautiful, don’t be stupid !” Kuat suara papa menyengat kokleaku. Telinga terasa berdesing apabila tamparan itu mengenai cengkerangnya. Aku hanya mampu menundukkan kepala dengan tangan menekup pipi. Perit dengan tamparan yang papa