Posts

Showing posts from September, 2021

Forsythia - Chapter Three

  BUNYI tapak kaki kuda yang bergesel dengan tanah menjadi melodi yang menemani perjalananku. Aku hanya duduk diam di dalam kereta kuda, mengikut arah kemana Erden hendak membawaku pergi. Erden pula menunggang kuda persendirian bersama-sama pengikutnya yang lain. Meninggalkan aku sendiri di dalam kereta kuda ini. Kiri kananku hanyalah hutan semata-mata. Sesekali, kami merentasi perkampungan yang memang dibina di dalam hutan. Erden cerita, mereka-mereka yang tinggal di dalam hutan ini kebanyakannya puak Wolfies iaitu serigala jadian. Setiap kali malam kliwon, kaum lelaki dari puak itu akan bertukar menjadi serigala dan mereka akan berburu untuk mengumpulkan sumber makanan. Manusia bukanlah makanan mereka kerana asal kejadian mereka juga adalah manusia. Kereta kuda yang tiba-tiba berhenti bergerak membuatkan aku tersentak. Luar tingkap aku pandang dan yang menyapa mataku hanyalah hutan semata. Dahi mula berkerut sedikit. Ada masalah ke dalam perjalanan kami? Pintu yang terbuka dari