Forsythia - Chapter Three


 BUNYI tapak kaki kuda yang bergesel dengan tanah menjadi melodi yang menemani perjalananku. Aku hanya duduk diam di dalam kereta kuda, mengikut arah kemana Erden hendak membawaku pergi. Erden pula menunggang kuda persendirian bersama-sama pengikutnya yang lain. Meninggalkan aku sendiri di dalam kereta kuda ini.


Kiri kananku hanyalah hutan semata-mata. Sesekali, kami merentasi perkampungan yang memang dibina di dalam hutan. Erden cerita, mereka-mereka yang tinggal di dalam hutan ini kebanyakannya puak Wolfies iaitu serigala jadian. Setiap kali malam kliwon, kaum lelaki dari puak itu akan bertukar menjadi serigala dan mereka akan berburu untuk mengumpulkan sumber makanan. Manusia bukanlah makanan mereka kerana asal kejadian mereka juga adalah manusia.


Kereta kuda yang tiba-tiba berhenti bergerak membuatkan aku tersentak. Luar tingkap aku pandang dan yang menyapa mataku hanyalah hutan semata. Dahi mula berkerut sedikit. Ada masalah ke dalam perjalanan kami?


Pintu yang terbuka dari luar mengejutkan aku. Mata terkelip sekali apabila wajah Erden menyapa iris. Erden hulurkan tangan kepada aku sambil mata setia menikam mataku. Lagaknya seperti meminta aku untuk menyambut hulurannya. Elok saja aku letakkan tanganku di atas tangan kasarnya, tubuhku ditarik keluar dari kerta kuda. Aku hanya mengikut arah tarikannya.

Pintu masuk sebuah kawasan penginapan menyapa mata. Bangunan yang tidak terlalu besar, hanya dua tingkat namun agak panjang. Iris mula mencari Erden, mengharapkan penjelasan mengapa kami berhenti di sini.


“Malam ni, kita rehat dekat sini. Almost two days kau tidur dalam carriage. Since we found inn on our way, I decided to stay here for tonight,” jelas Erden sambil matanya meliar ke sekeliling rumah penginapan ini. Badannya dikalih ke tepi, seperti mencari seseorang.


“Christ.” Serunya.


Yes?”


Muncul lelaki yang berambut blonde di sebelah Erden. Lelaki yang aku jumpa semasa di rumah hari itu.

Secure this place. Tengok ada apa-apa yang suspicious ataupun tidak.”

Lelaki yang dipanggil Christ itu menganggukkan kepala dan berlalu meninggalkan aku dan Erden.


Erden menarik tanganku untuk masuk ke rumah penginapan itu dan terus menempah beberapa buah bilik. Genggaman tangannya langsung tidak dilepaskan biarpun dia sedang berurusan di kaunter.


Give the rest of the keys to my men. They will be here in a while.”


Sebaik saja kunci bertukar tangan, aku mengikut langkah Erden menuju ke bilik kami. Sebaik pintu bilik ditutup, Erden menolak aku untuk bersandar ke pintu. Aku sedikit tersentak dengan perlakuannya. Belum sempat mulut dibuka untuk bertanya, tangan Erden sudah memaut lembut wajahku.


Did you hurt your body from sleeping in the carriage?”


Suara Erden menyentuh pendengaranku. Mata mencari mata Erden sebelum satu senyum aku hadiahkan kepadanya.


“Saya okay je. Awak jangan risau.”


Erden jatuhkan kepalanya ke bahuku. Dibiarkan kepalanya bersandar disitu.


“Kau tahan sikit je lagi. I promise you we’ll arrive in few days.” Nafas hangat Erden berhembus di bahu membuatkan romaku sedikit merinding. Teragak-agak tangan aku letakkan di atas kepalanya sebelum rambutnya aku kirai lembut.


I’m okay.” Bisikku lembut.


Lama keadaan begitu antara kami. Erden mahupun aku langsung tidak bersuara selepas itu. Mungkin perasankan aku yang mula lenguh kaki akibat lama berdiri, Erden angkat kepalanya dan berundur setapak ke belakang.


“Jom mandi.”


Ujarnya sebelum dia tarik aku mengikut langkahnya.

 





YOU should rest. We are going to depart tomorrow’s morning.” Suara garau Erden mencecah telingaku. Kepala aku jatuhkan sekali memahami arahannya.


“A-awak nak pergi mana?” teragak-agak aku menyoal bila Erden sedang bersiap seperti hendak keluar.


Inspecting this place. I need to make sure this place is safe for us to stay.” Balas Erden sebelum dia menapak ke arah aku yang sedang berbaring di atas katil.


“Kau tidur dulu.” Satu kucupan dia jatuhkan di atas dahi aku sebelum berjalan ke arah pintu dan menghilangkan diri. Meninggalkan aku yang terkebil-kebil sendiri dengan tingkahnya yang membuatkan jantung sentiasa memalu kuat.


Selimut aku tarik merapat ke dada. Tubuh aku pusingkan supaya berbaring mengiring menghadap tingkap yang letaknya betul-betul di tepi katil. Kepekatan malam menyentuh reseptor penglihatanku. Fikiran mula larut dibuai angin malam.


Erden De Dracyian. Lelaki yang bergelar suami kepada aku, Vaella Eritial. Kami bukan lah seperti pasangan lain bermula dengan cinta dan berakhir dengan alam perkahwinan. Masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain sehinggalah hari terjadinya majlis perkahwinan kami.


Ya, pertama kali aku dan Erden berjumpa adalah semasa hari kami memeterai ikatan perkahwinan.


Erden dikahwinkan denganku hanya kerana papa tak mahu mengikut ekspedisi ke utara Barfold. Disebabkan papa merupakan ketua di wilayah Annex, dia sepatutnya mengetuai sepasukan tentera untuk menyertai ekspedisi menangkap sekumpulan pengkianat negara yang menimbulkan kebakaran di beberapa buah wilayah Barfold. Ekspedisi yang sangat bahaya dan mungkin menghilangkan nyawa andai tidak berhati-hati kerana mereka perlu melalui perkampungan kanibel untuk sampai ke tempat yang dituju.


Mungkin kerana papa terlalu sayang akan nyawanya sendiri, dia mengahwinkan Erden, salah seorang ketua tentera dibawah pimpinannya denganku. Papa langsung tidak menyangka Erden dan beberapa orang tentera di bawah pimpinannya boleh terselamat malahan membawa kejayaan yang amat besar untuk negara Barfold.


Dan kemarahan papa semakin bertambah apabila Erden yang dahulunya hanyalah bertaraf ketua tentera dihadiahkan Raja Anwyll sebuah wilayah untuknya sendiri. Wilayah yang pada asalnya diperintah oleh adik Raja Anwyll diserahkan kepada Erden. Malah, Erden diangkat sebagai pemerintah di wilayah itu, menggantikan Lord Augus, adik kepada Raja Anwyll yang bersekutu dengan pengkianat-pengkianat Barfold.


Setelah hampir dua tahun Erden meninggalkan aku untuk menyertai ekspedisi itu, sungguh aku tak sangka dia akan pulang dan bertemu semula denganku. Aku fikirkan dia tidak mahu lagi menemuiku, isteri yang dikahwini kerana terpaksa. Dan aku fikir, aku akan dilayan teruk kerana menjadi anak kepada lelaki yang menghantarnya untuk menyertai sesuatu yang mengancam nyawanya sendiri.


“Kau fikir apa?” Satu tangan tiba-tiba melingkar di pinggang dari arah belakang. Bahuku terhinjut sedikit kerana terkejut. Terlalu jauh berfikir, aku tak sedar Erden yang sudah kembali ke bilik kami.


Nothing,” jawabku. Badan aku cuba kalihkan menghadap Erden namun dia pagar pinggangku daripada bergerak.


Stay still.” Bisik Erden rapat di telingaku. Aku menelan liur berkali-kali bila hembusan nafas Erden terasa di situ. Setiap kali dia merapat denganku, aku rasa berdebar. Seperti rama-rama sedang menggila di dalam perut.


“Kenapa kau tak pernah sekali pun ikut pengikut aku balik bila aku suruh orang-orang aku jemput kau?”


Aku tersentak. Mataku terkelip sekali dua. Masa bila Erden menghantar orang-orangnya untuk menjemput aku?


“Tempat kau di sisi aku. Di wilayah Aslands yang Raja Anwyll hadiahkan kepada aku.”


“Saya…”


“Sebab aku asalnya golongan bawahan, kau tolak untuk hidup dengan aku? Sebab kau rasa aku tak mampu berikan kau kemewahan yang kau dapat di Annex?”


“Tak… saya…”


Damn you! I am your freaking husband. Maruah aku jatuh bila isteri sendiri pandang aku rendah!” suara Erden semakin keras menujah telinga. Dadanya yang merapat di belakang tubuhku terasa berdetak kuat. Dia benar-benar marah.


“Erden, saya…”


I think we should sleep before I can’t control myself and hurt you. Yeah, we really should sleep.” Ujarnya sebelum dia menarik aku masuk ke dalam kurungan tangannya dengan lebih rapat. Terlalu rapat sehingga kepalaku berada di bawah dagunya.


Sleep, Vaella. Good night,” ucap Erden sebelum ubun-ubunku terasa dikucup.


Aku dongakkan kepala untuk melihat wajahnya tapi apa yang menyapa mataku hanyalah rahang tajamnya. Nafas aku hembus perlahan. Persoalan demi persoalan menujah akal fikiran.


Erden menjemput aku untuk tinggal dengannya? Bila?


Kenapa aku langsung tak tahu tentang jemputannya itu?


Adakah papa yang menghalang pengikutnya daripada menjemputku? Adakah papa yang memberi jawapan kepada pelawaannya tanpa aku tahu?


Aku mula keliru sendiri.


................


If there is someone yang membaca this boring story, don't malu-malu to drop komen. After all, only you and me yang tahu kewujudan blog dan cerita ini 😉

Comments

Popular posts from this blog

Writing Exercise 1

Forsythia -Chapter Two