Forsythia -Chapter Two

 MULUT terasa bagai dikunci. Sungguh aku hilang diksi mahupun bicara. Hatta untuk aku memusingkan tubuh menghadap ‘dia’ pun aku tidak berdaya. Kaki menggeletar hebat sehingga aku rasa bagaikan hendak terjelopok jatuh.


Sentuhan di bahu menyebabkan badanku terangkat sedikit. Lama tangan itu berlabuh di kedua-dua belah bahuku sebelum aku perlahan-lahan dipusing menghadapnya. Mata yang setia memandang lantai sedari tadi disambut kasut kulit coklat gelap sebaik saja tubuhku menghadap seseorang.


Sebelah tangan yang berada di atas bahuku tadi naik melingkar di pinggang manakala sebelah lagi menongkat daguku. Ditolak perlahan dagu ini ke atas sehingga mataku bertemu dengan sepasang mata coklat gelap yang memandangku tajam.


Do you… miss me, my lady?” Seakan berbisik dia bertanya. Helaan nafasnya yang tajam terasa berhembus di wajah membuatkan aku hampir memejamkan mata.


Aku terkelip sekali. Entah jawapan apa yang perlu aku bagi supaya memenuhi skema jawapan. Rindu, atau tidak?


Mungkin disebabkan aku tidak menjawab soalannya, tangannya mencengkam bahagian pinggangku sedikit kuat. Aku ditarik makin rapat dengannya sehingga wajahku hampir bertemu wajahnya. Dia menderam perlahan.


I ask you again. Do you miss me, my lady?” Sepatah-sepatah dia tanya kepadaku. Bagai memberi amaran untuk tidak menjawab dengan jawapan yang salah.


Aku menjatuhkan kepala sekali. Walaupun aku agak takut dengannya, namun jauh di sudut hati yang paling dalam, terselit perasaan rindu buatnya. Aku... rindukan lelaki ini.


I-I do.” Perlahan aku menjawab sebelum aku rasa bibirku disapa sesuatu yang basah. Mataku naik terjuling melihat puncak hidung mancungnya yang bertemu dengan hidungku sebelum aku pejamkan mata.


Lama keadaan kami sebegitu sehingga dia sendiri yang menjauhkan mukanya daripadaku. Tangannya naik mengusap perlahan pipiku sebelum dia mengelus-elus bibir yang baru dia diamkan sebentar tadi. Wajah aku mula terasa panas.


Fck, I miss you damn much.” Ujarnya sebelum sekali lagi dia menemukan bibir kami dan membawa aku ke alam arus rindu.




 

SIR Erden.”


Panggilan dari luar bilik berserta ketukan sekali di muka pintu mengejutkan kami. Segera aku merapikan baju yang sudah berubah letak dengan kelakuan kami tadi. Tekak berdehem-dehem walaupun tiada rasa gatal ataupun sakit di situ. Perlakuanku membuatkan lelaki yang dipanggil Erden ini menarik senyum senget.


Sir?”


Erden mengeluh keras. Barangkali marah kerana diganggu.


Coming.” Ujarnya sambil mencapai tanganku dan menggenggamnya erat. Dia menarik aku untuk menyaingi langkahnya keluar dari bilik ini.


Sebaik saja pintu dibuka, terpacul wajah seseorang yang tidak pernah aku bersua di hadapan kami. Anak matanya jatuh pada genggaman tangan kami yang erat sebelum aku lihat wajah itu berubah sedikit kelat.


I’ll kill you if you don’t have any important things to report.” Rendah dan garau suara Erden. Wajahnya juga sedikit ketat.


Just kill me, my lord. I don’t even want to live.” Bersahaja lelaki itu menjawab berserta dengan cebikan di bibir. Gayanya seolah-olah ancaman yang terbit dari bibir Erden adalah sesuatu yang tidak perlu dipandang besar. Kemudian aku terdengar dia mengguman sendiri.


“Kenapalah aku tak mati masa ekspedisi tu. Kenapalah aku kuat sangat sampai still boleh hidup. Penat lah jadi orang kuat ni.”


Aku nampak Erden hampir menjulingkan mata mendengar gumaman lelaki ini. Aku pula yang termangu-mangu. Perlu aku ketawa atau tidak?


Just straight to the point, Jerome.”


I know you miss your wife freaking bad but this is not the perfect time for any make out session. We need to go back to our region, sir.” Wajah aku rasa panas. Tiba-tiba rasa nak menangis. Malu!


Erden terdiam sebentar sebelum kepala dia jatuhkan sekali. Mata jatuh pada wajah aku sesaat.


Prepare the horse. I’ll come in few minutes.” Jerome mengangguk mendengar arahan Erden. Matanya mengerling ke arah aku sekilas sebelum dia mengatur langkah meninggalkan kami.


Don’t do any make out session. Control your lust, my lord.” Ujar Jerome dalam keadaan membelakangkan kami. Tangan kanannya diangkat tinggi melambai-lambai.


Fck!” Erden mencarut perlahan. Matanya mencerun memandang langkah Jerome yang semakin jauh meninggalkan kami.


Hilang saja bayang Jerome dari kami, Erden mengalihkan anak matanya memandang aku. Tangannya naik membetulkan anak rambut aku.


Let’s go.”


Erden mula melangkah dan menarik aku untuk menyaingi langkahnya. Langkahnya yang sedikit besar membuatkan aku terpaksa berlari-lari anak untuk berjalan beriringan dengannya. Mungkin perasankan aku yang berjalan seperti itik terkedek-kedek, Erden memberhentikan langkah dan berpusing menghadapku.


Sebelah tangannya menarik lengan aku untuk melingkar di lehernya manakala tangannya jatuh melingkar pinggangku. Meskipun agak terpinga-pinga dengan perbuatannya, tak pula aku menarik tangan aku daripada berpaut di lehernya.


Dalam sekelip mata, tubuhku berada di dalam dukungannya. Mata membulat dengan rasa tidak percaya. Apa yang Erden tengah buat ni?


“A-awak buat apa, ni? Turunkan saya.” Aku mula hendak meronta tetapi melihatkan wajah Noah yang agak ketat, perasaan takut lebih menguasai tubuh. Hanya tangan yang melingkar di leher Noah aku tarik untuk menyatakan rasa protes. Namun, perbuatan aku terhenti di tengah jalan saat mata tajamnya turun mencabar aku.


Stay still.”


Where are we going?” Soalku apabila melihat Erden yang kelihatan agak tergesa-gesa. Langkahnya juga dilajukan. Ada sesuatu yang berlaku ke tanpa pengetahuan aku?


We need to get out from here as soon as possible. Wilayah bapa kau akan diserang in few days.” Mataku terbuntang luas. Terkejut dengan berita yang baru menyentuh koklea. Diserang!?


“Di.. diserang? Ta-tapi, kenapa?”


Your father broke his promise to not disturb Zghwan region.  He placed few of his men there and arahkan mereka untuk halau penduduk situ. Siapa yang tak ikut arahan, they shot them. King of Zghwan was really mad when he knew about this and asked his men to chase over your father. After this, wilayah ni akan jatuh sebagai tanah jajahan Zghwan.”


“Macam mana dengan papa saya?”


“Papa kau? Heh! Lepas dia jumpa aku, he ran his ass off. Leaving his own people to defend their land. What a good leader.” Sedikit sinis nada yang terbit dari bibir Erden. Malah, bibirnya juga turut mengukir senyuman sinis.


Aku terdiam. Entah mengapa rasa malu perlu terbit biarpun yang tidak bertanggungjawab itu bapaku.


“Kita tak ada masa untuk bersoal-jawab sekarang. We need to get out from here. Aku taknak terlibat dengan masalah yang bapa kau buat. Let's go.”


-------------------


I don't have time to edit so I just put the raw one here. But nevermind, no one read and I don't freaking know why I need to explain this. *Roll eyes*


Comments

Popular posts from this blog

Writing Exercise 1

Forsythia - Chapter Three