Writing Exercise 1

"You're beautiful."


Kening terjungkit tinggi bila perkataan-perkataan di cawan kertas itu menyapa mata. Tubuh yang berada di depan pintu masuk terus berpusing ke belakang. Seperti tahu reaksi yang bakal dia pamer, sepasang mata coklat gelap terus menikam matanya.


Mata terkelip sekali bila bibir lelaki itu naik menyinis. Seolah-olah bangga apabila reaksi yang diberinya seperti sudah diramal lelaki itu. Tidak berpuas hati, langkah diatur semula ke kaunter.


"I clearly said, tulis nama Rose. This is not my name." Nada suaranya dikeraskan sedikit. Menyatakan ketidakpuasan hatinya biarpun perut terasa berbunga. Namun, cepat-cepat dicantas bunga yang baru hendak memekar.


"Isn't rose a beautiful flower? So i guess, beautiful is your other name, right?" Satu kenyitan yang diberi lelaki di hadapannya ini membuatkan matanya mula terkebil-kebil. Mulutnya terbukak sedikit. Lidah kelu untuk membalas.


"If you are a rose, I will gladly be your thorn. You can call me Thaqif." Darah merah menyerbu naik ke muka. Smooth…


Rose berdehem perlahan membetulkan anak tekak. Tanpa dia sedar, tangannya naik untuk mengipas muka yang terasa berbahang namun terhenti di udara. Dia tak boleh tunjuk kekalutannya di depan lelaki ini. Dasar lelaki buaya!


Cepat-cepat tangan itu dibawa membetulkan hujung rambut. Diselitkan rambutnya ke belakang telinga.


"Ta-tapi, saya suruh tulis Rose." Rose gigit bibir bawah bila terasa getaran pada suaranya. Kegugupannnya langsung tidak mampu dikatup.


"Maybe I should change it to love." Redup mata lelaki itu memandang Rose. Seolah-olah, ada sesuatu yang cuba disampaikan.


Rahang Rose jatuh kebawah. Jantung berdenyut kencang. Lelaki ini… sangat bahaya untuk kesihatan jantungnya!


Tidak mahu mengeruhkan keadaan jantungnya yang seperti mahu keluar dari rangka tubuh, segera langkah diatur meninggalkan kaunter itu. Langsung hilang rasa hendak berbalah bila namanya sesuka hati ditukar lelaki itu.


Keluar saja dari kafe, tangan naik mengurut-urut dadanya. Menenangkan detak jantung yang tak surut-surut memalu kuat dari tadi. Sejak bertentang mata dengan lelaki itu, jantungnya berdetak tidak senang. Rasa itu….


"Rose..." Suara garau yang menyapa dari belakang membuatkan langkahnya terhenti. Telan liur sekali, perlahan tubuhnya dipusing.


"You left your phone." Telefon yang dihulur segera Rose capai. Bibir menggumam ucapan penghargaan tetapi matanya langsung tidak jatuh pada wajah lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Thaqif tadi. 


Suasana kekok antara mereka apabila kedua-duanya memilih untuk tidak membuka mulut. Rimas dengan tenungan Thaqif pada wajahnya, segera Rose meminta diri.


"Saya pergi dulu." 


Baru saja kaki diangkat untuk melangkah, gegendang telinganya ditujah satu soalan yang menggetarkan hati. Membuatkan kaki Rose terus dipaku ke tanah.


"Are you going to pretend that you don't know me?"


Nafas Rose terasa disentak sesuatu yang mengakibatkan ruang dadanya terasa sempit. 


"I… don't know you." Isi pipinya digigit kuat. Tebiatnya sedari kecil bila dia tidak bercakap benar. 


"Really? But I think I know you."


"Awak salah orang. Maaf, saya tak ada kenalan yang bernama Thaqif."


Thaqif menjatuhkan kepalanya beberapa kali. Senyum tawar jelas terukir di bibirnya.


"I see. Mungkin I salah orang. I thought you're my love."


Sepi.


"I am sorry." Ujar Thaqif sebelum dia membelakangkan Rose. Kaki mengatur langkah meninggalkan Rose yang tegak berdiri.


Belakang Thaqif yang semakin jauh meninggalkannya Rose pandang lama. Hati rasa sebak. Tangan naik menghapus manik-manik jernih yang berkumpul di juring mata. Dia tak boleh menangis. Ini pilihannya.


Telefon yang barada di dalam genggamannya terasa bergetar. Nama yang tentera di skrin telefon membuatkan hatinya disimbah sesuatu yang hangat.


Gesek skrin, telefon dibawa ke telinga. 

 

"I miss you, love. Don't you miss me?"


...................


Kalau rajin, saya akan tambah and divided by part. Saya akan olah balik cerita ni and jadikan one complete story. Kalau rajin lah kekekeke

Comments

Popular posts from this blog

Forsythia - Chapter Three

Forsythia -Chapter Two